BIDANG TUGAS

PENGURUS BESAR 

Bidang tugas pengurus besar ialah :-

1) Menentukan supaya perjalanan pentadbiran Pertubuhan Peladang (PPK) berjalan dengan licin dan teratur dari segi peribadi, Pengurusan Mesyuarat dan kepuasan hati pelanggan.

2) Merancang, menyelaras dan memantau perlaksanaan aktiviti-aktiviti pengurusan organisasi dari segi rekod ahli, saham, laporan-laporan bulanan, penyediaan dan laporan akaun yang disediakan setiap bulan.

3) Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti ekonomi PPK iaitu jualan input pertanian, ladang kelapa sawit, kerja-kerja kontrak, perkhidmatan pengangkutan dan kejenteraan ladang.

4) Merancang, menyelaras dan memantau Perlaksanaan Pengurusan Pembangunan Unit, Pengeluaran Makanan, Transformasi, Usahawan dan Latihan

5) Merancang, menyelaras dan memantau Perlaksanaan Program Sosial dan Kebajikan kakitangan PPK dan ahli-ahli PPK Gunong Semanggol/Selinsing.


PENGURUS AKAUN

Antara bidang tugas pengurus akaun :-

1) Menyemak semua pindahan terima wang yang diterima samada tunai atau cek ke Jenal Terimaan, Lejer Am, Lejer Individu (daripada resit am, resit modal, slip modal)

2)Menyemak semua pindahan bayaran samada tunai atau cek ke Jenal Pembayaran, Lejer Am dan Lejer Individu (daripada baucer bayaran dan slip keluar)

3) Menyemak semua pindahan jualan hutang dan pinjaman ahli dan bukan ahli Jenal Jualan, Lejer Am dan Lejer Individu ( daripada nota hantaran dan bil)

4) Menyemak semua pindahan belian hutang dari ahli dan bukan ahli ke Jenal Belian, Lejer Individu ( dari Invois pembelian dan Lapora Terimaan Barang-barang).

5) Merekod Jurnal Am ( Baucer Jurnal) dan menyemak pindahan ke Lejer Am dan Lejer Individu.

6) Merekod buku-buku stok, Daftar Harta Tetap.

7)  Merekod buku-buku Stok Dokumen Terkawal.

8) Menyediakan Laporan Kewangan, Laporan Bulanan, Kunci Kira-kira, Akaun Gerakan Perniagaantani, Akaun Projek-projek dan nota-nota kepada akaun.

9) Menyediakan Penyata penyerahan bank.

10) Menyediakan laporan untuk Mesyuarat Jemaah Pengarah.

11) Menyediakan Belanjawan Tahunan PPK.

12) Bertanggungjawab kepada Pengurus Besar.


UNIT HAL EHWAL KORPORAT DAN PERTUBUHAN

Bidang tugas hal ehwal  korporat dan pertubuhan ialah :-

1) Menguruskan Rekod Keahlian dan Saham Ahli iaitu dengan memproses permohonan menjadi ahli dan mengadakan kempen untuk menambah bilangan alhi dan saham bagi PPK Gunong Semanggol& Selinsing (PPKGS)

2) Menguruskan dan mengatur mesyuarat sama ada Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah, Mesyuarat Agung Tahunan PPK, Mesyuarat Unit Peladang, Mesyuarat Ketua-ketua Unit Peladang, Mesyuarat Jawatankuasa Unit Peladang dan Mesyuarat AJK Bahagian Pertubuhan.

3) Menguruskan dan mengaturkan program serta aktiviti khidmat sosial ( Tabung wang), Pemajuan, Kebajikan Ahli, Pendidikan Ahi dan Kebajikan Am.

4) Menguruskan kursus-kursus dan latihan ahli.

5) Menguruskan Penerbitan Dalaman seperti Buletin Peladang, risalah-risalah dan Buku Cenderahati.

6) Menguruskan pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri, Kebangsaan dan pengaktifan unit-unit peladang.

UNIT PERNIAGAAN 

a) Unit Perniagaan I

Antara bidang tugas Unit Perniagaan I ialah :-

1) Menguruskan tugas-tugas yang berkaitan bahagian perniagaan kepada ahli sepanjang tahun.

2) Mengurus serta mengatur program dan aktiviti dan aktiviti SBPKP, IIP, IPPBN mengikut jadual.

3) Menyediakan pembekalan input perniagaan mengikut kehendak peladang.

4) Menghantar setiap tuntutan yang berkaitan dalam tempoh lima hari kepada LPP Negeri Perak.

5) Menyediakan jadual tambang baja dan jadual pengedaran baja mengikut musim.

b) Unit Perniagaan II

Bidang tugas Unit Perniagaan II ialah :-

1) Menyediakan khidmat Kredit Input Pertanian kepada ahli untuk dua musim dalam masa satu tahun.

2) Memberi pulangan faedah simpanan atas simpanan kepada ahli dan bukan ahli.

3) Membuat bayaran Subsidi Harga Padi kepada pesawah dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas pembayaran yang dibuat oleh BERNAS.

4) Menghantar setiap Tuntutan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) yang dibuat oleh pembajak dalam tempoh lima bekerja kepada LPP Negeri Perak.

5) Menguruskan Skim Pemilihan Jentera Kecil Perladangan ( Matching Grant) kepada para petani.

UNIT PENGELUARAN 

Unit Pengeluaran I

Bidang tugas unit ini ialah :-

1) Menguruskan projek Mini Estet Padi seluas 708 Hektar yang turut melibatkan ahli seramai 380 orang.

2) Menguruskan projek tanaman padi berpusat iaitu dibawah program NKEA.

3) Menguruskan projek Ladang Benih Padi Sah.

4) Menguruskan kerja-kerja kantrak Am.

5) Memastikan hasil padi sekurang-kurangnya enam Tan/Hektar.

6) Menyelia lapan unit peladang.


Unit pengeluaran II

Antara bidang tugas unit ini ialah :-

1) Mengurus dan menyelia Projek Kelapa Sawit Seluas 145 Hektar.

2) Membayar Levi Kastam sebelum 14Hb setiap bulan.

3) Memperbaharui lesen menjual buah kelapa sawit sebelum bulan September setiap tahun.

4) Memastikan perjagaan projek kelapa sawit mengikut amalan Agronomi yang betul.

5) Menyelia projek-projek usahawan peladang.

6) Memberi khidmat nasihat dan membantu usahawan baru.

7) Mengurus Portal E-Peladang bagi usahawan dan PPK GS.


No comments:

Post a Comment