Memeriksa data pesawah yang dimasukkan ke dalam sistem PPK Gunong Semanggol dan Selinsing adalah benar
.
Masukkan Pengguna dan Kata Lalaun kerani
subsidi baja dan racun di dalam sistem PPK Gunong Semanggol dan Selinsing.
Kemudian, pergi ke laporan serta klik pada laporan pengusaha yang diluluskan
Setelah itu, paparan akan menunjukkan perkara di atas.
1) Klik pada Penyata di Pilihan Laporan
2) Masukkan musim yang hendak diperiksa iaitu musim1/2015 yang terbaru
3) Pada No Kad Pengenalan pula, hendaklah menekan F1, kerana dia membantu kita dalam mencari nama pengusaha yang lebih mudah dan cepat. Setelah itu, No Kad Pengenalan itu automatik akan keluar dipaparan apabila memilih nama pengusaha.
Dan akhir sekali, paparan Penyata Pengusaha
Yang diluluskan dipaparan komputer.
Setelah itu, kita bolehlah memeriksa No Pendaftaran, Nama, No K/P, Alamat, Unit
Kawasan.
Dan paling penting memeriksa data yang
dimasukkan adalah benar iaitu No.Lot Pengusaha, No Geran Pengusaha, Mukim Tanah,
Luas Diusaha dan data yang berkaitan dengan Baja.
Tujuan memeriksa data penyata pengusaha
yang diluluskan ini:
1. Untuk kegunaan kerani subsidi
baja & racun membuat rujukan andainya tuan tanah ingin mengetahui siapa
yang sedang mendaftarkan nama serta mengambil alih dalam No Lot Tanah berikut.
2. Untuk kegunaan kerani tersebut
membuat rujukan di dalam pejabat iaitu berkenaan dengan subsidi baja & racun.
No comments:
Post a Comment