Latihan
Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas Politeknik Balik Pulau yang mengambil kursus
Diploma Maklumat Teknologi dan Komunikasi ( Pengaturcaraan). Tempoh latihan
industri yang diberikan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah
selama 20 minggu. Tujuannya bagi memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang
sebenar. Pelajar akan diberi pendedahan mengenai situasi sebenar di alam
pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja
dalam semua bidang. Berdasarkan pengalaman yang telah diberikan, pelajar
dapat mempelajari lebih mendalam lagi secara praktikal dan efektif selaras
dengan pengetahuan mereka sepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.
Disamping
itu, ia boleh membantu para pelajar untuk menyemai sikap mematuhi segala
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak firma dan memupuk sikap keyakinan
pada diri setiap pelajar serta membantu pelajar memperbaiki kelemahan pada diri
terutama ketika berkomunikasi dengan kakitangan-kakitangan mahupun
pelanggan. Hasil daripada latihan
industri ini, PBU kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi
melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke
alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik
yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh
mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun
swasta.
No comments:
Post a Comment