Pertubuhan Peladang Kawasan Gunong
Semanggol/Selinsing adalah sebuah pertubuhan yang diperbadankan di bawah Akta
Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Ianya disertai (dianggotai) oleh ahli-ahli
indiividu perseorangan dari kalangan masyarakat tani setempat dan Koperasi
Berasaskan Pertanian (dahulunya dikenali sebagai SKATA).
Pertubuhan Peladang Kawasan
Gunong Semanggol/ Selinsing ditubuhkan pada 24 Ogos 1974 mengikut Akta
Pertubuhan Peladang, 1973 (AFP 1973) dengan nombor pendaftaran bagi PPK Gunong
Semanggol/ Selinsing ialah PPK 051. Ianya terletak di Jelapang Padi, Kawasan
Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Kerian/Sungai Manik, Perak yang
dialamatkan di Pertubuhan Peladang Kawasan
Gunong Semanggol Selinsing, Simpang Empat, 34400 Semanggol, Perak.
PPK
merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan tetapi koperasi bersasakan pertanian
yang didaftar oleh Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Oleh itu, setiap urusan
di peladang mestilah dilaporkan kepada LPP.
PPK Gunong Semanggol/Selinsing mengelola dua mukim iaitu mukim semanggol
dan mukim selinsing. Kedua-dua mukim ini mempunyai 36 unit peladang dan
terdapat sebanyak 3,140 orang keahlian. Kawasan pengendalian 33,228 hektar ini mempunyai keahlian seramai
3033 orang dengan jumlah saham yang dimiliki sebanyak daripada 36 unit peladang
antaranya ialah Unit Alor Setanggok, Unit Tebuk Matau, Unit Balik Bukit, Unit
Jalan Semanggol, Unit Jalan Kubu Gajah, Unit Matang Pasir, Unit Bukit
Semanggol, Unit Parit 6/7 Kubu Gajah, Unit Parit 5 Kubu Gajah, Unit Parit ¾
Kubu Gajah, Unit 2 Kubu Gajah, Unit 1 TebUK Panchor, Unit Padang Lalang, Unit
Sungai Kepar, Unit Simpang Empat, Unit Kampung Dew, Unit Jalan Gula, Unit
Kampung Selinsing, Unit Parit 1 Selinsing, Unit Parit 2 Selinsing, Unit
Parit 3 Selinsing, Unit Parit 4
Selinsing, Unit Tebok Haji Dollah, Unit Sungai Baru, Unit Kampung Samagagah,
Unit Sungai Protan, Unit Simpang 3 Selinsing, Unit Sungai Pinang, Unit Sungai
Petani Selinsing, Unit Kampung Masjid dan Unit Parit 5 Selinsing.
Pertubuhan Kawasan Peladang telah
menyelaraskan sepuluh perkhidmatan untuk peladang. Pertama ialah Lembaga
Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pertanian yang mana skop pengurusan mereka
ialah pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Kedua ialah Lembaga Pertubuhan
Peladang, MARDI dan Jabatan Pertanian di mana mereka menyediakan mekanisasi
atau automasi ladang. Ketiga ialah Pertubuhan Peladang yang membekalkan ladang
kepada para petani. Keempat ialah FAMA, Pertubuhan Peladang dan juga swasta
menyediakan khidmat pemasaran kepada para peladang. Kelima ialah Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pengairan & Saliran dan juga Lembaga
Pertubuhan Peladang menyediakan perkidmatan infrastruktur ladang. Keenam ialah
MOA Inc iaitu (Kerjasama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian) dan
swasta menyediakan pengembangan dan khidmat nasihat kepada para peladang. Ketujuh
ialah MARDI, FAMA dan Jabatan Pertanian menyediakan perkhidmatan lepas tuai
kepada peladang.
No comments:
Post a Comment