Secara kesimpulannya, Latihan Industri ini adalah satu aspek yang
penting dalam proses pembelajaran. Ini
banyak membantu para pelajar memahami segala perkara dalam bidang yang diceburi
dengan secara mendalam. Selain itu, ianya
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana pekerjaan sebenar. Latihan
industri merupakan saat yang paling getir buat semua pelajar Latihan
Industri. Sememangnya, pengalaman bekerja
buat pertama kali tidak akan dilupakan seumur hidup kerana telah tersemat
pelbagai kenangan pahit getir dan manisnya walaupun sesekali memberi tekanan
dan masalah kepada diri saya. Sebagai
seorang yang masih memegang status sebagai pelajar, saya seharusnya bersyukur
kerana diberi peluang untuk merasai
pengalaman bekerja yang sebenar supaya ilmu yang ditimba dapat dikekalkan buat
masa hadapan. Apabila pelajar menjalani Latihan Industri ini, pelajar tidak
akan berasa kekok dalam melangkah ke alam pekerjaan kelak kerana telah
mengharungi alam pra pekerjaan semasa menjalani Latihan Industri ini. Mereka berpeluang untuk membuat dan mempraktikkan
segala perkara yang telah dipelajari di politeknik dan organisasi yang telah
menerima pelajar untuk menjalani latihan.
Mereka juga diberi peluang untuk melakukan sendiri sesuatu kerja yang telah diamanahkan. Apa yang penting bagi pelajar disini, Latihan
Industri bukanlah satu tempat persinggahan buat semua pelajar untuk mengabaikan
segala tanggungjawab sebagai pelajar.
Pelajar seharusnya menganggap firma atau syarikat yang diduduki sebagai kelas kedua bagi menerima ilmu sebelum
menerima penganugerahan Diploma atau Sijil disamping menimba pengalaman
pekerjaan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menabur bakti kepada saya
untuk menyempurnakan misi saya menjalani latihan industri dan menyiapkan
laporan ini sebelum melayakkan diri untuk memperoleh Diploma.
Sebagai seorang hamba Allah yang wujud di muka bumi ini, pasti
mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Oleh itu, kita tidak
seharusnya meninggi diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa
akan kekurangan yang ada pada diri. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon
keampunan terutama sekali kepada warga PPK Semanggol/Selinsing jikalau semasa
saya menjalani latihan latihan industri di sana, saya ada menyakitkan hati
sesiapa mahupun tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Terima kasih semua dan Assalamualaikum.
Assalamualaikum . Maaf bertanya, intern di PPK , apa tugas yang diberi?
ReplyDelete