TEKNIKAL 4

Menjaga kaunter kutipan tambang baja Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)

Tugasan seterusnya ialah saya perlu berada di kaunter kutipan tambang baja SBPKP selama satu bulan iaitu bermula daripada tarikh 16/03/2015 sehingga 14/04/2015.

Kutipan tambang baja ini adalah untuk para pesawah membayar wang tambang baja.



Jadual bayar tambang baja mengikut unit kawasan. Oleh itu, pesawah yang telah daftar mengikut unit kawasan masing masing perlu hadirkan diri untuk membayar wang tambang baja.


Para pesawah hadir ke kaunter tambang baja dan mengambil giliran memasing.



Dan ketika itu, para pesawah akan memberi buku daftar pesawah untuk mendaftar dan kemaskini buku tersebut. Saya akan mengisi Musim Padi iaitu Musim1/2015, kemudian Mukim Semanggol atau Selinsing. Selepas itu No Lot pesawah, No Geran serta Luas Usaha yang diluluskan. Dan akhir sekali Bilangan baja iaitu Sebatian, Urea, Insentif dan NPK.



Selepas itu, saya perlu melerai borang seperti diatas untuk diberi kepada pesawah berikut. 
1. Borang Insentif Pengeluaran Padi
2. Borang SPBKP
3. Kupon Racun Makhluk Perosak Skim Insentif Pengeluaran Padi
4.

Borang tersebut mempunyai 4 salinan iaitu:
1. Salinan Pengusaha
2. Salinan Pejabat
3. Salinan LPP Negeri
4. Salinan Ibu Negara


Selepas selesai, para pesawah diminta ke pejabat untuk membuat resit serta membayar wang tambang baja di kaunter juruwang.

No comments:

Post a Comment